M-A-N-U-S-I-A
Bismillahirrohmanirrohim
kau pernah?;
tengok muka orang tu, kau rasa marah?
aku pernah
tengok muka orang tu, kau rasa kecewa?
aku pernah
tengok muka orang tu, kau rasa geram?
aku pernah
tengok muka orang tu, kau rasa nak nangis?
aku pernah
tengok muka orang tu, kau rasa hati kau jadi sejuk, tenang?
aku pernah
tengok muka orang tu, kau rasa taksedap hati?
aku pernah
tengok muka orang tu, kau rasa dialah manusia terbaik, soleh solehah?
aku pernah
tengok muka orang tu, kau rasa dialah manusia paling jahat, syaitan iblis?
aku pernah
tengok muka orang tu, kau rasa macam apa kau rasa bila tengok aku?(?)
aku pernah
dan kerana hadirnya manusia seperti ini, aku mampu berdiri di sini
tak tak, aku tengah duduk sekarang ni
hadirnya manusia seperti ini, aku berada di sini
nak kata mampu tu, macam takmampu
tapi cekalkan hati, tabahkan diri
dalam dunia ni memang ramai manusia
kau takmampu nak elak pun dari takberjumpa manusia
maka, kita ni hidup ada orang suka, ada orang sayang, ada orang cinta
ada orang taksuka, ada orang taksayang, ada orang benci
apapun yang orang tu rasa, kena jalan
kena maju
jangan kau masih duduk, melemahkan diri
takbuat apa-apa
apapun yang orang rasa tentang kita,
bersyukur
sebab ada juga orang yang kisahkan kita
apapun yang orang rasa tentang kita,
kita takmampu nak puaskan mereka
takmampu nak beri rasa sepertimana mereka beri,
takmampu nak puaskan mereka dengan perilaku kita
berbaik, mereka bilang 'acah'
berbaik, mereka bilang 'plastik'
berbaik, mereka bilang 'alim'
jahat, mereka bilang 'jahat'
jahat, mereka bilang 'takpunya agama'(?)
jahat, mereka bilang 'biadab'
baik mahupun jahat
jahat mahupun baik
akan tetap wujud manusia yang menjatuhkan kita
akan tetap wujud manusia yang iri dengan kita
akan tetap wujud manusia seperti ini dan itu, itu dan ini
jadilah diri sendiri, biarkan celoteh mereka
ikhlaskan, redhakan
sekurangnya kita mempunyai perbezaan dengan mereka
walau beribu pisau dihantar untuk membunuhmu,
tetaplah kamu dengan dirimu
biarkan roh dan jasad menjadi kamu
bukan orang lain
Rasulullah yang cukup segalanya, sempurna semuanya
masih juga ada yang membenci Baginda
maka, jadilah diri sendiri
sebaik mana pun kita, sejahat-jahat kita,
tetap ada manusia yang membenci kita
Wallahu'a'lam bissowab
Comments