Bila agaknya ajalku kan tiba?
Ku hanya mampu berdoa
dan berharap
Semoga aku 'mati' pada hari Jumaat.
Inginku pohon beribu ribu ribu ribu kemaafan
daripada insan terpenting
dalam hidupku dalam planet Bumi ini
iaitu emak abah dan ibu.
Serta,
setiap insan yang pernah aku sakiti dan lukai
sepanjang aku menggunakan nafas pinjaman daripada Yang Lebih Berkuasa, Pentadbir Alam ini,
Allahuakbar.
Antara mungkin dan pasti,
Masih adakah hamba Allah yang ambil peduli tentang aku
Ataupun mayat serta jasadku dibiarkan begitu sahaja
Kehadiran aku Kelahiran aku
Mengundang banyak masalah
Ya
Aku mungkin gila
Gila pabila aku mengatakan yang aku ingin mati.
Mati Mati Mati Mati Mati
Aku juga mungkin sudah tidak sanggup
atau juga sudah lali
dengan perjalanan hidupku yang sering dikelilingi dengan manusia HIPOKRIT.
Ya
MANUSIA HIPOKRIT.
Bila agaknya aku bisa keluar
Aku bisa lari daripada manusia sebegitu rupa
Hm
Talam dua muka
Gunting dalam lipatan
Landak dalam belukar
Doakan aku bisa mati dalam iman dengan wajah yang tenang ceria dan bersih serta kematianku terjadi pada hari Jumaat.
Aku benar benar berharap.
Sekian.
Comments