Sihir Bayangan Kuburan dan Penyembuhannya
Hello sunshine!
Harini Ain nak kongsi satu kisah yang sudah pun Ain baca di blog ini. Baca Bismillah, dan mulalah membaca! ;) Sekian.
Bab1 : Kisah lalu & Pengkhianatan
Saya mempunyai seorang isteri bernama Noor. Walaupon saya sudah berkahwin hampir 3 tahun, tetapi masih tidah dikurniakan cahayamata... mungkin rezeki kami masih belum sampai... Walaubagaimanapon, sesuatu yg lebih dasyat telah berlaku dlm perkahwinan kami... selepas 5 bulan perkahwinan, isteri saya telah mendapat 1 penyakit ganjil... die hilang selera mkn dan selalu berasa penat... Doktor sendiri berasa musykil dengan fenomena ini.
Sehinggakan saya terpaksa menyuruhnya supaya tidak melakukan keje rumah...
Waktu makan juga harus saya pantau, kerana dia langsung tidak pernah merasa lapar...
Apa yg berlaku pada isteri saya itu adalah 1 bentuk pengkhianatan... dia sebenarnya telah di sihir dengan salah satu sihir kuno yg di panggil “Bayangan kuburan”. Pada waktu mlm, isteri saya sering mengigau... dia selalu terjaga dan tak dapat tidur lena... Pontianak, pocong, dan berbagai2 lagi jenis makhluk sering dilihatnya dlm mimpi2nya sehari-harian...
Tetapi entah mengapa dia terlalu kuat dan tabah... Walaupon begitu kami sering solat hajat dan berdoa agar penyakitnya itu dapat di sembuhkan...
Kini hampir 2 tahun... fizikal isteri saya yang pada awalnya agak berisi, kini terlalu kurus dan tidak bermaya... Berkenaan tentang siapa yg menyihirnya, biarlah menjadi rahsia kami...
Mungkin sebelum kami berkahwin dahulu, dia sering menyakiti hati sahabat2nya. Sedangkan saya ini juga pernah bercinta dengan salah seorang sahabatnya... dan dia juga pernah di gelar “perampas” kerana Berjaya mengahwini saya... Tetapi bagi saya, itu semua adalah jodoh yg telah ditetapkan oleh-Nya... Kami hanya redha...
Bab2 : Majlis makan malam & Pertemuan
Pada suatu malam, syarikat tempat saya bekerja telah mengadakan satu majlis mkn mlm dan penyampaian anugerah kepada pekerja2. Saya dan isteri telah dijemput untuk hadir...
Ketika saya hendak mengambil buah-buahan sebagai pencuci mulut, seorang senior yg dikenali sebagai ustaz mat telah menyapa saya... Dia menanyakan beberapa soalan tentang saya & isteri saye... Rupa2nya dia mengenali isteri saya semasa dia belajar di UKM dahulu. Walaupon tidak berapa rapat tapi dia masih ingat dan sedar tentang perubahan fizikal isteri saya yg dilihatnya terlalu ketara...
Lantas keluarlah soalan yg agak spontan ini dari mulutnya, “Sakit ke?”. Saya tersentak. Agak berat untuk bercerita, tetapi memandangkan dia pernah belajar bersama2 dengan isteri saya, saya pon mempelawanya untuk datang kerumah jika ada kelapangan. Bolehlah saya bercerita lebih lanjut kepadanya nanti...
Bab3 : Kejutan & Harapan
Di suatu petang ahad yang hening, saya telah dikejutkan dengan laungan salam dari luar rumah...
Rupa2nya ustaz mat datang melawat kami pada petang itu... Saya menjemputnya masuk ke dalam rumah... Belum sempat saya memperkenalkannya dengan isteri, isteri saya telah menyapanya. Jadi memang benarlah, ustaz mat adalah kawan lama isteri saya... Sedang agak rancak kami bertiga berbual, tiba2 ustaz mat bertanyakan tentang masalah kami.., “Pn. Noor ni sakit apa sebenarnya?”. Saya biarkan sahaja isteri bercerita. Setelah hampir 1 jam, ustaz mat pon meminta diri untuk pulang... Sebelum dia pulang, dia mempelawa kami pula untuk ke rumahnya... Dia katakan, yang mungkin masalah kami ini dapat diselesaikan oleh ayahnya...
Bab4 : Ritual dan Proses penyembuhan
Hari ini merupakan sebuah hari yg penuh dengan harapan... selama ini kami hanya berdoa. Tetapi tidak pernah bertindak mencari penyelesaian... Langkah2 kaki kami menuju ke rumahnya terasa amat gementar...
Kadangkala saya dan isteri berpandangan sesame sendiri. Seribu satu persoalan bermain di fikiran. Jika doktor pakar yang mempunyai pengetahuan perubatan moden pon tidak mampu menyembuhkan isteri, apatah lagi seorang tua yg bakal kami temui ini.
Ayah kepada ustaz mat amat baik orangnye... Walaupon baru pertama kali bertemu, dia sangat ramah orangnya. Ketika upacara penyembuhan, dia hanya menggunakan ayat2 suci Al-Quran. Bunyi bacaannya juga agak jelas kedengaran... Tiada pon alat2 yg sering digunakan bomoh seperti kemenyan, keris, limau, dan sebagainnya terlihat di hadapan semasa upacara itu. Cuma yg ada, hanyalah sebotol air kosong yang terbuka penutupnya... agak lama juga upacara tersebut. Isteri saya pula yang duduk dihadapannya hanya tunduk dan memejamkan mata. Hanya sesekali menjeling kearah saya dengan raut wajah biasa. Setelah selesai, air botol td diberikan kepada isteri. Dia berpesan, agar merenjis air tersebut di sudut2 utama rumah seperti dapur, ruang tamu, dan paling penting bilik tidur... Selama 7 hari juga, isteri hanya dibenarkan minum air masak yng dicampurkan dengan air dr dlm botol itu...
Sebelum kami pulang, kami mengucapkan terima kasih kepada ustaz mat dan ayahnya. Saya cuba menghulur not 50 ringgit kepada orang tua itu, tetapi walaubagaimanapon dia menolak dan katakana yg dia ikhlas membantu... Saya faham, lalu kami suami-isteri pulang ke rumah...
Bab5 : Dua wanita & Janji-janji mereka
Semenjak isteri mendapatkan rawatan tempoh hari, keadaan isteri beransur2 pulih. Selera mkn sedikit bertambah dan tidurnya juga menjadi mudah... Walaupon begitu, mimpi2 sebelum ini menjadi lebih ngeri dan menakutkan... Makhluk dlm mimpinya seolah-olah marah dan berang sambil mengejar isteri saya. Isteri saya menjadi tertekan dan dia kelihatan sering menangis kerana tekanan tersebut. Jauh dlm sudut hati, terasa beban yg dialami isteri. Risau juga kalau berlaku sesuatu yg tak di ingini terhadap isteri...
Pada suatu malam, saya terasa panas dan tak dapat tidur nyenyak... Berlainan pula dengan isteri yang sudah lama terlelap... Tiba2 saya terdengar bunyi benda pecah di ruang tamu... di susuli bunyi guli2 yang melantun di atas lantai... Saya buka mata dan dapat lihat ada beberapa biji guli bergolek masuk ke dalam bilik dalam kegelapan malam...
Cepat2 saya bangun, dan memeriksa bahagian ruang tamu. Tiada apa yang pecah.Pelik.
Saya pon kembali ke bilik dan mencari guli2 yang baru sahaja saya terlihat td. Sengaja tidak dibuka lampu kerana tak mahu mengganggu isteri yang sedang tidur. Lalu saya merangkak sambil tangan meraba2 lantai. Tiba2 saya terlihat di atas katil tempat tidur saya dan isteri, 2 orang wanita dengan berpakaian putih dan duduk bersimpuh di kiri dan kanan isteri yang sedang tidur... Kedua2nya sedang tunduk memerhati tepat ke arah isteri saya.
Jantung saya tersentak seketika. Dalam keadaan keliru, saya cuba menghampiri untuk melihat rupa mereka. Ketika saya terlalu dekat dengan wajah salah seorang dari mereka... tiba2
salah seorang dari mereka mengalihkan pandangannya ke arah saya pula. Lantas saya tersungkur ke atas lantai. Alangkah terkejutnya saya. Wajahnya sama seperti isteri saya, cuma lebih muda dan berseri2. Dengan tersenyum, dia berkata “Awak cuba pandang saya..?” dia ketawa kecil...
“Awak jgn bimbang ye... Isteri awak akan pulih sepenuhnya... Masanya akan sampai... Bersabarlah... ”.
Tak lama selepas itu, kelibat kedua2 wanita itu hilang seperti kabus... saya terus naik ke katil dan berselubung hingga ke pagi...
Bab6 : Sembuh dan Yakin
Keesokan paginya isteri menceritakan berkenaan perasaanya ketika selesai solat subuh...
Dia terasa sesuatu keluar dari setiap hujung jari tangan dan kakinya seperti angin sejuk yang lembut... Sengaja saya tidak menceritakan pengalaman saya mlm td kerana bimbang akan lebih menakutkannya.
Peristiwa ini semua telah berlalu lebih 4 tahun lalu, tetapi masih segar di dalam ingatan...
Alhamdulillah... Kini isteri saya telah pulih sepenuhnya... tiada lagi mimpi2 ngeri dan kesihatannya sangat baik... Kini isteri telah disahkan mengandung anak pertama kami...
Wassalam...
Comments