Rasulullah

Assalamualaikum Nama: Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab Nama-nama lain :  Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil. Nama-nama Gelaran :  • Abu Qasim, Al-Amin. Bangsa :  • Arab Quraisy Agama :  • Islam Tarikh Lahir :  • Hari Isnin • 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal ) • Bersamaan 20 April 571 Masihi. Bidan Nabi :  • Ummu Mas’ud. Tempat Lahir :  • Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah. Bilangan Adik-beradik :  • Anak tunggal [ anak yatim ]. Nama Ibu :  • Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab. Nama Ibu Susuan :  • Thuwaibah [ hamba Abu lahab ], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah. Nama-nama Pengasuh :  • Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW. Nama-nama Isteri :  • Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian, Sufiah bt. Huyi, Maimunah bt. Al-Haris. Nama-nama Anak : • Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah. Nama-nama Bapa Saudara :  • Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Ka’bah, Al-Muqawim, Dhirar, Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak. Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa :  • Sufiah, A’tikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha’. Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam :  • Hamzah, Al-A’bbas. • Sufiah, Urwa. Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan :  • Mariah al-Qibtiah, Raihanah. Nama-nama Hamba Lelaki :  • Aslam, Abu Rafi’, Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi. Nama Anak Angkat :  • Zaid bin Harithah bin Syarahil. Nama-nama Khadam :  • Anas bin Malik, Abdullah bin Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik, Bilal bin Rabah, Abu Zar al-Ghiffari. Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran :  • Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-‘As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa. Setiausaha Sulit :  • Huzaifah b. Yaman. Sifat Fizikal :  • Badan tinggi sedang. • Rambut ikal mayang. • Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap. • Bulu dada nipis, keseluhan badan tidak berbulu. • Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang. Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang :  • Siddiq [ benar ], Amanah [ jujur], Tabligh [ menyampaikan ], Fatanah [ bijkasana ]. Sifat-sifat Yang Mustahil: • Kazib [ dusta ], Khianah [ pecah amanah], Kitman [ menyembunyikan ], Baladah [ bodoh]. Sifat-sifat Yang Harus :  • Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam. Pendidikan :  • Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ]. Pekerjaan :  • Gembala Kambing. • Berniaga. Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul   • Umur 40 tahun di Gua Hira’. Guru Pertama :  • Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam. Tugas Utama :  • Menyeru manusia menyembah Allah SWT. Jawatan Yang Diamanahkan : • Menjadi Nabi. • Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin . • Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah. Keistimewaan :  • Sebaik-baik makhluk yang dicipta. • Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an. • Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ]. • Manusia pertama masuk Syurga. Gelaran Dari Kalangan Nabi :  • Ulul ‘Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ]. • صلى الله عليه وسلم Kenangan Manis : • Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Kenangan Pahit :  • Diusir oleh penduduk Ta’if. • Semasa peperangan Uhud. Pengalaman Pertama Menerima Wahyu • Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal. Pengalaman Yang Paling Menakutkan :  • Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa. Hijrah ke Madinah  • Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M. Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam :  • Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq. • Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ]. • Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib. • Hamba : Zaid bin Harithah. Sahabat-sahabat Kanan : • Abu bakar as-Siddiq. • Umar al-Khattab. • Uthman bin Affan. • Ali bin Abu Talib. Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat :  • Abu Bakar dan Umar [ mertua ]. • Uthman dan Ali [ menantu ]. Berita Yang Mengembirakan :  • Keislaman Umar bin al-Khattab. Berita Yang Menyedihkan :  • Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi]. • Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi]. • Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi]. Peristiwa Yang Mengembirakan :  • Pembukaan Kota Mekah. Penglibatan Dalam Peperangan :  • Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk. Nama Tempat Yang Pernah Dilawati :  • Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ]. Catat Rekod Dunia :  • Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ]. Isteri Yang Paling Disayangi :  • ‘Aisyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ]. Anak Yang Paling Disayangi :  • Fatimah. Cucu Yang Paling Disayangi :  • Hassan bin Ali. • Hussin bin Ali. Sahabat Yang Paling Disayangi :  • Abu Bakar.   Nasihat Nabi :  • “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.” Wasiat Nabi :  • Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.” Syafaat Nabi :  • Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya. Tarikh Wafat :  • Waktu pagi hari Isnin. • 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M • Umur 63 tahun , 4 hari. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Comments

Popular Posts